Yuran graduan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) diwajibkan kepada SEMUA GRADUAN (sepenuh/separuh masa/PJJ/ Trimester/Eksekutif) termasuk graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen.
Yuran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya dua (2) hari bekerja sebelum mengemas kini maklumat di e-SMP (My Konvokesyen) melalui JomPAY (selain daripada pemegang akaun CIMB Bank) ATAU CIMB Clicks/OCTO (pemegang akaun CIMB Bank sahaja) seperti langkah berikut:
Melalui perbankan internet dari semua bank yang mempunyai kemudahan JomPAY.
Ø Pilih modul Bill Payment
Ø Klik butang JomPAY
Ø Pilih akaun pembayar sama ada akaun simpanan atau akaun kad kredit anda
Ø Biller Code : 8441
Ø Ref 1 : No matrik (Wajib)
Ø Ref 2 : No Kad Pengenalan
Ø Teruskan ke proses selanjutnya (Tac/OTP) & pengesahan
Setelah selesai, sila input maklumat pembayaran ini ke dalam sistem e-SMP (Menu: My Konvokesyen) sebagai bukti bayaran (8 digit. Cth: 4HTY245W).
Bagi pemegang akaun CIMB (samada pelajar/ahli keluarga) yang membuat bayaran:
Ø Layari https://www.cimbclicks.com.my
Ø Klik butang Pay Bills
Ø Enter Biller Name : UPM
Ø Pilih : Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang
Ø Masukkan no matrik, No Kad Pengenalan dan jumlah RM200.00
Ø Teruskan ke proses selanjutnya (Tac/OTP) & pengesahan
Setelah selesai, sila input maklumat pembayaran ini ke dalam sistem e-SMP (Menu: My Konvokesyen) sebagai bukti bayaran (8 digit. Cth: 4HTY245W).
PERINGATAN
Cara pembayaran selain di atas adalah TIDAK DIBENARKAN dan dianggap tiada bayaran telah dibuat.
Pengesahan bayaran hanya boleh dilakukan dalam tempoh
2 hari bekerja dari tarikh bayaran
(setelah mendapat pengesahan dari pihak bank).
Graduan yang tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen boleh menjelaskan bayaran pada bila-bila masa menggunakan kaedah di atas.
Skrol/Transkrip Graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan setelah segala yuran tertunggak dijelaskan (yuran graduan, yuran pengajian, denda perpustakaan & saman lalu lintas dll.) jika ada.
Sebarang pertanyaan berkenaan yuran, sila hubungi Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bursar seperti berikut:
• 03-9769 6215/6240 or bursar.student_ug@upm.edu.my (Prasiswazah)
• 03-9769 3568/3569/3570 or bursar.student_pg@upm.edu.my (Pascasiswazah)