Graduan hendaklah berkumpul di tempat parkir kereta bersebelahan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (menghadap iPUTRA) antara jam 7.15 pagi hingga 7.30 pagi untuk persediaan susunan perarakan masuk (Rujuk lokasi graduan berkumpul pada gambar dibawah);
Graduan yang lewat TIDAK DIBENARKAN MASUK bagi menyertai Majlis Konvokesyen;
 Graduan tidak dibenarkan membawa beg tangan (kecuali sling beg kecil yang disimpan di dalam jubah) dan dinasihatkan untuk tidak membawa barang berharga semasa berkumpul untuk sesi perarakan graduan;
Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung dan TIDAK DIBENARKAN meninggalkan Dewan sehingga majlis selesai.
Graduan yang memerlukan bantuan atau berkeperluan seperti orang kelainan upaya (OKU) dikehendaki melengkapkan google form melalui pautan https://forms.gle/TNMKTwjhXLp4V46o8 sebelum 21 November 2025 (Jumaat)