Kad jemputan dan arahan lain akan diedarkan kepada graduan/wakil graduan semasa meminjam jubah akademik. Setiap graduan akan diberikan satu (1) kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu dan pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.
Dua (2) nama tetamu hendaklah dilengkapkan pada keratan kad dan dibawa untuk diserahkan kepada penyambut tetamu sebelum masuk ke dewan. Urus Setia/Penyambut tetamu berhak tidak membenarkan tetamu berkenaan masuk ke dewan sekiranya tidak memenuhi etika pakaian atau atas faktor keselamatan majlis.
Tetamu diminta untuk masuk ke dewan antara jam 7.30 hingga jam 7.50 pagi
Tetamu dinasihatkan untuk bersarapan dan mengambil ubat-ubatan (jika berkenaan) terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan
Bantuan Graduan/Tetamu Berkeperluan Khas
Graduan/Tetamu yang memerlukan bantuan atau berkeperluan seperti orang kelainan upaya (OKU) dikehendaki melengkapkan google form melalui pautan https://forms.gle/TNMKTwjhXLp4V46o8 sebelum 21 November 2025 (Jumaat)