PERHATIAN
7 Disember 2025 adalah hari terakhir pemulangan jubah di Bilik Pemulangan Pakaian Akademik Kompleks Akademik Pusat Zon C.
Denda lewat pemulangan jubah dikenakan bermula pada hari ke-3 selepas sesi Majlis konvokesyen bagi setiap graduan. Tindakan tegas akan dikenakan kepada graduan yang gagal memulangkan pakaian akademik pada waktu yang ditetapkan
a) Denda akan dikenakan:
i. Sekiranya jubah dipulangkan pada hari ke-3 selepas sesi konvokesyen masing-masing, DENDA sebanyak RM10.00 akan dikenakan pada hari tersebut dan penambahan RM5.00 bagi setiap hari berikutnya.
ii. Bayaran denda perlu dijelaskan terlebih dahulu di Kaunter Bursar 3, Aras Bawah, Bangunan Canselori Putra UPM ATAU melalui Payment Gateway sebelum memulangkan jubah di tempat pemulangan jubah.
b) Wakil yang memulangkan jubah akademik hendaklah memastikan telah mendapatkan pengesahan pemulangan sebelum meninggalkan kaunter.
c) Graduan hendaklah bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan jubah akademik. Sekiranya jubah akademik tersebut rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan sijil akademik/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan seperti berikut: