Sebagaimana termaktub dalam acara konvokesyen UPM, Ijazah dan Diploma hendaklah dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat, boleh dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir.
Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran mengikut sesi yang ditetapkan dan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.
Graduan yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen ke-49 DIKEHENDAKI menyertai telegram rasmi Majlis Konvokesyen ke-49 (Sidang 2) https://t.me/+NS2C9hvRBHBmOGVl untuk menerima hebahan maklumat, video ‘Convocation Ceremony at UPM: Guide for Graduands’ dan video ‘Tatacara Pemakaian Jubah Akademik UPM’.