Graduan dikehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2025 secara ‘Online’ bermula 11 November 2025 (Selasa) melalui pautan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seperti berikut:
Sila cetak Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan oleh CEM di kaunter semakan. Jubah akademik tidak akan diberikan sekiranya graduan gagal mengemukakan slip pengesahan.
*Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan,
sila hubungi pihak CEM di talian 03-9769 1020/1409
Tinjauan Online Exit Survey (OES) (untuk Graduan Diploma dan Bacelor Sepenuh Masa sahaja)
Graduan prasiswazah dikehendaki melengkapkan Online Exit Survey (OES) bermula 11 November 2025 (Selasa) melalui sistem berikut:
Online Exit Survey (OES) laman web: www.oes.upm.edu.my
PERHATIAN
Graduan dikehendaki mengemukakan bukti paparan skrin Online Exit Survey (OES) (seperti rajah di sebelah) sebagai pengesahan melengkapkan survei semasa pengambilan jubah akademik. Jubah akademik tidak akan diberikan sekiranya graduan gagal mengemukakan bukti paparan skrin tersebut.
*Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) di talian 03-9769 7160 / 1466 atau melalui e-mel: cadelead_oes@upm.edu.my